Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja.
Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti:
- power transformer
- output transformer
- driver transformer
- IF transformer
Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan saja. Saya akan terangkan mengenai transformer kuasa yang digunakan untuk membina unit bekalan kuasa. Untuk membeli transformer yang betul, sila rujuk kepada senarai komponen yang diperlukan. Ini adalah penting untuk memastikan litar projek menerima bekalan kuasa yang sesuai. Pastikan juga Ampere yang betul. Jika Ampere kurang, litar bekalan kuasa tidak berupaya untuk menanggung beban litar projek yang besar dan banyak. Ampere yang sesuai adalah antara 1A hingga 2A. Itu sudah cukup. Nak tinggi lagi pun boleh dan jangan terlalu kurang dari 1A. Jika kurang, litar masih boleh berfungsi dengan baik tetapi jika ada bebanan lebih, ia mungkin mengundang masalah seperti litar projek tidak berfungsi dengan baik (masih lagi berfungsi).
Satu lagi, kepada yang kali pertama guna transformer ini, jangan suka-suka pegang mana-mana bahagian transformer yang telah disambungkan ke punca AC. Pastikan wayar yang disabung dibalut dengan pita yang sesuai atau dengan tiub heat shrink. Pastikan juga dapatkan nasihat dari yang mahir dalam mengendalikan transformer. Salah langkah, boleh bawa kecederaan atau pun maut. Jika tidak tahu mengenai transformer, belajar dahulu dan dapatkan latihan dari tenaga mahir.
No comments:
Post a Comment