Saturday, 19 October 2013

Jenis-Jenis Penyaman Udara



Pengenalan

Penggunaan penyaman udara masa kini semakin meluas dan semakin bertambah setiap hari. Pengguna menggunakan penyaman udara untuk mendapat lebih keselesaan kesan dari pemanasan global dan suhu bumi yang semakin meningkat. Hari ini penyaman udara bukan sahaja dipasang dirumah kediaman tetapi di pejabat, premis perniagaan, pusat membeli belah, sekolah, kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan.
Bergantung kepada geografi dan cuaca sesebuah negara, penyaman udara mungkin akan berfungsi untuk menstabilkan suhu dalam sebuah bilik agar tidak terlalu panas ataupun tidak terlalu sejuk. Di negara kita, tujuannya tentulah untuk memindahkan haba dari dalam bilik keluar supaya pengguna dalam bilik tersebut berasa selesa. Di negara luar yang mempunyai musim sejuk, penggunaan penyaman udara adalah untuk menaikkan suhu bilik supaya bilik tersebut tidak terlalu sejuk. Dalam hal ini konsep heating digunakan.
Penyaman udara adalah alat yang terdiri daripada komponen-komponen mekanikal yang berfungsi untuk menyerap haba dari dari satu ruang tertutup dan memindahkan haba tersebut ke luar. Rekabentuk penyaman udara yang baik hendaklah dapat memenuhi kriteria berikut:
a)      mengawal dan melaras suhu bilik agar selesa.
b)      mengawal dan melaras kelembapan nisbi.
c)      mengawal peredaran udara dalam bilik.
d)      menapis dan membersihkan udara dalam bilik.
Untuk lebih memahami prinsip dan aplikasi penyaman udara, pemahaman berkaitan termodinamik dan kitar penyejukan asas adalah penting. Kitar penyejukan yang lengkap melibatkan pemindahan tenaga dari satu medium ke medium yang lain. 4 komponen utama terlibat semasa pemindahan tenaga ini iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat


Jenis -jenis penyamanan udara terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu domestik dan komersil. Bagi kegunaan domestik 3 jenis penyaman udara yang biasa digunakan ialah jenis pisah(split), jenis tingkap(window) dan jenis mudahalih (portable). Manakala bagi kegunaan komersil sistem penyaman udara agak kompleks dan menggunakan sistem Air Handling Unit.


UNIT PISAH (Split)
Unit pisah terdiri daripadan unit dalam (indoor) dan unit luar (outdoor). Unit ini paling meluas digunakan pada hari ini kerana lebih mudah dan kemas semasa pemasangan, terdapat kepelbagaian kapasiti pendinginan dan mudah dioperasi. Unit pisah mempunyai alat kawalan jauh untuk pelbagai tujuan.

Unit Pisah
http://us.sanyo.com
Terdapat pelbagai rekabentuk unit pisah dipasaran untuk memenuhi permintaan pengguna. Lokasi dan keluasan bilik adalah faktor utama untuk memilih unit pisah yang sesuai. Antara yang biasa di jumpai ialah:
a) lekapan dinding (wall mounted)

Wall Mounted
b) siling (ceiling mounted)

Ceiling Mounted
c) lantai (floor mounted)

Floor Mounted
d) kaset (cassette)

Cassette
e) salur (ducting)

Ducting
f) berbilang (multi) 

Multi-Split-Wall-Mounted

Multi-Split-Ducting
http://www.archiexpo.com
UNIT TINGKAP
Unit tingkap mempunyai semua komponen – komponen utama dalam kerangka unit. Unit ini mempunyai sambungan perpaipan yang telah disambung dari awal rekabentuk menjadikan unit ini jarang mengalami kebocoran gas.  Pemasangan unit agak mudah tetapi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menempatkan kerangka.

Unit Tingkap
http://www.lg.com
UNIT MUDAHALIH
Kini terdapat unit mudahalih untuk memberi lebih pilihan kepadan pengguna. Unit ini mempunyai penyejat, pemeluwap dan motor di bahagian atas dan bawah serta built in compressor. Maklumat lanjut unit ini boleh di dapati pada manual produk. Dari aspek luaran unit ini kelihatan seperti Air Cooler namun ia berbeza dari aspek komponen dalaman dan aspek rekabentuk.

Portable Airconditioner

No comments: