Monday 2 September 2013

Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa)



Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.

RCD (Residual Current Device)
Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.

Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.

MCB (Miniature Circuit Breaker)
Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.

Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.

Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
  • 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
  • 20A (untuk pendawaian soket plug)
  • 32A  (untuk pendawaian soket plug)

ELCB @ RCCB?





ELCB - Earth Leakage Circuit Breaker (Pemutus Litar Bocor ke Bumi)
RCCB - Residual Current Circuit Breaker (Pemutus Litar Arus Baki)

Yang manakan penggunaan perkataan yang betul untuk alat seperti gambar di atas ELCB atau RCCB ? Jawapannya : Kedua-duanya betul untuk masa sekarang. 

ELCB terbahagi kepada 2 bahagian:
  • ELCB kendalian voltan
  • ELCB kendalian arus = RCCB
RCCB adalah nama lain bagi ELCB kendalian arus. Penggunaan perkataan RCCB untuk ELCB kendalian voltan adalah tidak betul. Walaubagaimanapun, pengunaan ELCB kendalian voltan ini telah lama dihentikan dan syarikat pengeluar tidak lagi mengeluarkan ELCB jenis ini lagi. Oleh itu, kesemuaELCB yang terdapat di pasaran kini adalah ELCB kendalian arus atau RCCB. Tetapi anda masih boleh menemui ELCB kendalian voltan ini pada papan agihan bekalan elektrik di bangunan-bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1940an dan 1950an.

Nota : RCCB juga kadang-kala dikenali sebagai RCD (Residual Current Device)

Sunday 1 September 2013

Transformer

Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja.

Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti:
  • power transformer
  • output transformer
  • driver transformer
  • IF transformer
Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan saja. Saya akan terangkan mengenai transformer kuasa yang digunakan untuk membina unit bekalan kuasa. Untuk membeli transformer yang betul, sila rujuk kepada senarai komponen yang diperlukan. Ini adalah penting untuk memastikan litar projek menerima bekalan kuasa yang sesuai. Pastikan juga Ampere yang betul. Jika Ampere kurang, litar bekalan kuasa tidak berupaya untuk menanggung beban litar projek yang besar dan banyak. Ampere yang sesuai adalah antara 1A hingga 2A. Itu sudah cukup. Nak tinggi lagi pun boleh dan jangan terlalu kurang dari 1A. Jika kurang, litar masih boleh berfungsi dengan baik tetapi jika ada bebanan lebih, ia mungkin mengundang masalah seperti litar projek tidak berfungsi dengan baik (masih lagi berfungsi).

Satu lagi, kepada yang kali pertama guna transformer ini, jangan suka-suka pegang mana-mana bahagian transformer yang telah disambungkan ke punca AC. Pastikan wayar yang disabung dibalut dengan pita yang sesuai atau dengan tiub heat shrink. Pastikan juga dapatkan nasihat dari yang mahir dalam mengendalikan transformer. Salah langkah, boleh bawa kecederaan atau pun maut. Jika tidak tahu mengenai transformer, belajar dahulu dan dapatkan latihan dari tenaga mahir.

Kegunaan transistor sebagai suis

Kebanyakan litar elektronik yang simple menggunakan relay sebagai suis perantaraan kepada litar luaran yang lain seperti menghidupkan metol 240VAC atau menghidupkan peralatan elektrik. Relay jugalah yang menjadi komponen paling sesuai untuk tugasan tersebut. Manakala komponen lain yang berkaitan seperti SCR atau Triac dan seumpamanya kurang mendapat sambut dari segi penggunaanya kecuali untuk kes-kes tertentu seperti menjimatkan ruang dan mengurangkan berat.Namum begitu relay perlukan komponen lain untuk menghidupkannya. komponen yang sesuai untuk digandingkan adalah transistor. Ya... transistorlah jawapannya. Jika satu-satu litar elektronik atau pun litar projek kit mempunyai keluarannya sekadar nyalaan LED atau bunyi pada speaker, ianya boleh ditukar kepada penggunaan relay sebagai suis. Seperti litar aktif gelap atau litar penggera air dan seumpamanya yang menggunakan komponen selain relay seperti LED atau speaker, dengan menggunakan litar tambahan, relay boleh digunakan. 

Ianya berkaitan dengan kehendak kita untuk mengawal litar lain atau menggunakan voltan 240VAC. Kebanyakan relay sesuai untuk tugasan sebagai suis untuk voltan 240VAC. Asalkan kita perlu berhati-hati dalam pemasangan untuk litar tersebut kerana ianya berkaitan dengan arus ulang alik yang tinggi dan merbahaya. Dengan adanya relay, litar induk tidak dikacau oleh penyambungan litar kedua pada relay. Termasuk juga pada komponen seperti transistor, ianya selamat dan tidak akan rosak kecuali untuk kes-kes tertentu.Pada contoh surihan di atas adalah salah satu cara untuk menggunakan relay sebagai ganti kepada LED atau speaker dalam sesebuah litar projek. Contoh ini juga untuk keluaran bervoltan positif. Jika voltan keluaran negatif, hanya perlu tukar transistor PNP dan sedikit perubahan susunan komponen asal. Dengan cara ini, relay akan on jika terdapat isyarat voltan pada masukan dan menghidupkan transistor. Fungsi transistor di sini adalah sebagai pemicu relay. Jadi litar ini sebuat sebagai relay driver.


Simbol asas elektronik

Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka.

Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya.
Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang ini, kedua-dua simbol boleh digunakan dan tiada masalah pun asalkan kita memahaminya. Sedangkan saya lebih suka menggunakan simbol segiempat panjang.

Jadi bagaimana untuk mengingati kesemua simbol-simbol ini. Banyak cara tetapi cara paling mudah adalah selalulah melihat dan membaca diagram litar elektronik. Selain itu perlu rajin buat projek elektronik. Pada masa yang sama, kita mampu mengingati simbol-simbol ini tanpa perlu menghafalnya seperti menghafal fakta sejarah.