Saturday 24 August 2013

Sunday 18 August 2013

Keselamatan di tempat kerja

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN




PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK
Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi, ia mestilah sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga. Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.
Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa yang boleh matikan suis utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutupkan pemutus litar. Bekerja pada litar yang hidup amat merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi langkah-langkah berikut:-
1               Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu dengan menggunakan pakaian      bertebat.
2               Bekerja hanya pada satu litar sahaja.
3               Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di atas benda bukan logam.
4               Semua alat mestilah kering.

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
 Secara menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-
1)         Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik mestilah orang yang berkelayakan dan alat  yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan yang diakui sahaja.
2)     Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang dipertanggungjawabkan
3)      Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan penebatannya supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.
4)               Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar arusnya.
5)               Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.
6)               Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali mendapat kebenaran.

PERATURAN KESELAMATAN
1  Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit mestilah  dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
2  Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi kecederaan ringan.
3       Jangan bergurau senda semasa bekerja.
4    Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dan kawasan-kawasan yang dibenarkan.
5     Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
6     Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
7     Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.
8     Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.
9     Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.
10 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.
11  Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang rosak jangan digunakan.
12  Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
13  Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.
14  Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan apabila perlu.
15  Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.
16  Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
17  Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya dan dilarang sama sekali.
18  Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
19  Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).
20  Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh melebihi had laju yang ditetapkan.
21  Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
22  Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
23  Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak digunakan lagi.
24  Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri, seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.
25  Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama sekali. 
Spesifikasi bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah mencakupi seperti berikut :
i.            1 unit DVR (4-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1 network port) model
ii.          Hard Disk SATA (80Gb)
iii.        4 biji kamera Dome
    iv.    Monitor - boleh guna monitor komputer 

Gambarajah pemasangan CCTV 
(Set router adalah aksesori tambahan bagi mengawal DVR melalui internet)


Projek pendawaian amali SMK seterusnya adalah melibatkan pemasangan CCTV. Berikut adalah perkara utama dalam proses pemasangan CCTV :

 1. Tentukan kabel yang sesuai

Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan adalah jenis  coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR. 

Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.



2. Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.

3. Penetapan Kedudukan kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan. 

Dalam projek amali ini, kamera jenis Dome infrared digunakan. Ia boleh menghasilkan gambar yang terang walau pun pada waktu malam atau dalam suasana yang gelap.


Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.


4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)

Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun

DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

5. Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan  yang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.


6. Lay-out kabel & 'Setting'

Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses 'setting' DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.

Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting' DVR 

Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam oleh  kamera CCTV

Pengenalan CCTV (Closed-Circuit Television)  

Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera yang merakam imej video dan menghantar isyarat video komposit tempat-tempat tertentu. CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan yang biasa terdapat di bank, lapangan terbang, bangunan-bangunan malah sekarang ini juga digunakan di rumah-rumah.

CCTV pertama telah dipasang oleh syarikat Jerman Siemens AG pada Test Stand VII di Peenemünde, Jerman pada tahun 1942, digunakan untuk memerhati perlancaran roket V-2. 

Kelengkapan Sistem CCTV


Kelengkapan utama dalam sistem pengoperasian CCTV adalah seperti berikut:


1)  Kamera

Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam imej bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat video komposit. Terdapat beberapa jenis kamera yang berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya. Setiap kamera akan disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR) secara langsung.

Terdapat pelbagai jenis kamera yang dijual dipasaran antaranya ialah :

i.  Dome Camera
ii. Waterproof Camera
iii.Infra Red Camera
iv. IP Camera
v. Stabdard Box Camera dan banyak lagi dipasaran


2) Digital Video Recorder (DVR)

DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti  yang besar sekurang-kurangnya 80Gb.

Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan dan kemajuan berterusan. Antaranya seperti kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan yang menjadi perhatian masa kini adalah IP Camera

Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui jaringan tanpa wayar dengan memakai protokol TCP/IP.Menarik sistem ini, ianya boleh dipantau di mana sahaja melalui internet. Ia juga tidak memerlukan DVR. Artikel berkenaan IP Camera akan diterangkan secara terperinci pada catatan akan datang.

DVR 4-Channel

3) Monitor

Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera secara langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan pada DVR. Monitor komputer adalah yang paling popular digunakan kerana harganya yang murah dan mudah dipasang. 

Contoh penyambungan dalam sistem pemasangan CCTV adalah seperti gambarajah di bawah.


Mengenal CCTV

Mengenal Berbagai Jenis Kamera CCTV

Kamera CCTV, seperti yang kita telah ketahui merupakan alat yang digunakan untuk pemantauan secara elektronik. Untuk mengetahui kamera CCTV yang sesuai dengan keperluan anda, di entri kali ini saya akan membicarakan mengenai jenis-jenis kamera CCTV yang ada dipasaran.

 1.        Dome Camera

Sesuai dengan namanya - Dome Camera - kamera ini berbentuk seperti kubah. Reka bentuknya yang simple menjadikannya jenis kamera yang paling popular dan sering digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana kamera ini  sangat mudah untuk dipasang. 
Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome, membuatkan kita tidak dapat mengetahui arah mana yang sedang di fokuskan oleh kamera tersebut.
Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang (indoor), baik di dalam rumah atau pun di ruang pejabat.


     2.  Standard Box Camera

Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk pemasangan baik indoor mahupun outdoor. Jenis kamera ini boleh juga digunakan untuk keperluan surveillance jarak jauh. Apabila pemasangan di outdoor dengan posisi yang boleh di capai oleh tangan, sebaiknya di tambahkan sebuah pelindung, supaya dapat mencegah kerosakan terhadap kamera tersebut.

 3.        Vandal Proof Camera


Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia diperbuat dari bahan yang di reka khusus untuk melindungi kamera dari sebarang kesan kerosakan yang melampau.

     4.    Waterproof Camera
Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor. Berbentuk bullet camera – kamera yang mempunyai reka bentuknya seperti peluru. Reka bentuk pelindung luarannya direka khusus agar dapat menahan air hujan, debu, dan suhu yang melampau.


Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.

PTZ Camera/Speed Dome Camera adalah kamera serba lengkap yang memiliki lensa zoom hingga puluhan kali dan mekanisme 'pan tilt' berupa motorservo yang mempunyai pergerakan yang halus. Pergerakan fokus kamera ini tidak dapat dikesan oleh individu.



Kamera yang mengirimkan 'discrete streaming video' melalui kabel UTP. Umumnya ia dilengkapi dengan IP Address. Dengan adanya IP Camera, kita dapat maklumat secara langsung dan boleh mengakses hasil rakaman melalui jaringan LAN/WAN tanpa harus menggunakan tambahan converter.

     8.    Covert Camera / Hidden Camera

Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera CCTV yang dimaksudkan untuk penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak dapat dikesan oleh individu tertentu . Bentuknya bermacam-macam, ada yang seperti smoke detector, jam dinding, lampu, bahkan pemancut air.