Friday 11 October 2013

Programmable Logic Control (PLC)

Pengawal logik boleh atur cara (Programmable logic controller, PLC) ialah  komputer digital yang digunakan untuk pengautomatan proses elektromekanik. Ia telah ditakrifkan oleh National Electrical Manufacturer Association U.S (NEMA) sebagai:-
“Suatu peralatan elektronik yang beroperasi secara digital dimana, ia menggunakan ingatan boleh-aturcara untuk menyimpan arahan di storan dalaman bagi melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti logik, penjujukan, pemasaan, pembilang dan arimatik dengan cara mengawal menerusi modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis mesin atau proses”
Pengawal logik boleh atur cara beroperasi secara asas iaitu dengan memeriksa isyarat masukan dari suatu proses dan melaksanakan arahan logik (yang mana telah diaturcarakan di dalam ingatannya) pada isyarat masukan ini dan mengeluarkan isyarat keluaran untuk melaksanakan suatu proses yang lain.

Kelebihan PLC

  • Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.
  • Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
  • Penyelenggaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan masa mati.
  • PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
  • Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja.
  • PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik, kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa. Lagi disini

sumber: wikipedia

Monday 7 October 2013

Bagaimana RCCB Berfungsi Dan Melindungi Anda Dari Renjatan Elektrik ?


Struktur dalaman RCCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu suis uji, gelung pengimbang, gelung pemutus litar, suis pemutus litar dan teras besi toroid. Dalam keadaan biasa, arus wayar live adalah sama dengan arus pada wayar neutral dan gelung pengimbang akan menghasilkan medan elektromagnet yang sekata. 

Apabila terdapat arus bocor ke bumi, medan elektromagnet pada gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar. Apabila arus bocor ke bumi melebihi nilai sensitiviti RCCB, suis pemutus litar akan mendapat bekalan voltan yang mencukup dari gelung pemutus litar untuk  memutuskan bekalan elektrik

Sebagai contoh, sebuah RCCB yang mempunyai kepekaan 0.3A telah dipasang pada papan agihan sebuah rumah. Arus yang dibekalkan oleh RCCB pada ketika itu adalah 4A. Tetapi kebocoran arus ke bumi telah berlaku sebanyak 0.4A dan ini menyebabkan arus yang kembali ke RCCB tidak sama dengan arus yang dibekalkan. (Arus yang kembali = 4 - 0.4 = 3.6A). RCCB akan memutuskan bekalan elektri (trip) kerana arus bocor ke bumi melebihi nilai kepekaan RCCB tersebut. 

Bagaimana RCCB melindungi anda dari renjatan elektrik ?

Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, arus akan melalui badan dan kembali ke titik pembumian neutral transformer melalui tanah. Arus ini akan membuatkan arus di dalam rumah tidak seimbang dan RCCB akan serta merta bertindak memutuskan bekalan elektrik. 


sumber: zon 152

Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan  ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.

Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)

Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah


Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
  •  Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
  • Kurang  lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
  • Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
  • Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
  • Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
  • Tiada penggunaan starter
  • Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
  • Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
  • Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
  • Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

Saturday 5 October 2013

Fungsi Wayar Bumi Pada Lampu Kalimantang



Fungsi Wayar Bumi Pada Lampu Kalimantan


Soalan

Lampu kalimantang hanya memerlukan 2 wayar sahaja untuk menyala iaitu wayar hidup (live) dan wayar neutral. Tetapi saya selalu tertanya-tanya apakah fungsi wayar bumi (earth) yang berwarna hijau pada pendawaian lampu kalimantang. Saya selalu lihat wireman pasang wayar bumi pada mana-mana skru dalam lampu kalimantang ataupun hanya selitkan sahaja pada badan lampu. 



Jawapan

Pemasangan wayar bumi dalam lampu kalimantang adalah untuk keselamatan. 

Dalam pemasangan lampu kalimantang, ada kemungkinan wayar akan terputus atau penebat wayar tertanggal dan menyentuh badan lampu kalimantang. Badan lampu kalimantang biasanya diperbuat daripada besi. Jadi, apabila suis dihidupkan, badan lampu kalimantang akan menjadi 'live'. Apabila seseorang pegang badan lampu kalimantang pada ketika ini, dia akan terkena renjatan elektrik. 

Selain dari kemungkinan wayar terputus atau kerosakan penebat wayar, choke atau ballast dalam lampu kalimantang juga boleh menyebabkan badan lampu kalimantang menjadi 'live'. Ini boleh berlaku apabila penebat lilitan wayar dalam choke pecah, badan choke tersebut akan menjadi 'live'.Oleh kerana choke dipasang pada badan lampu kalimantang, ia juga akan menjadi 'live' dan orang yang memegang lampu kalimantang semasa suis dihidupkan akan terkene renjatan elektrik. 

Sekiranya wayar bumi dipasang, apabila badan lampu kalimantang menjadi 'live' kerana kerosakan penebat wayar atau kerosakan choke, arus elektrik akan mengalir melalui wayar bumi dan ini akan menyebabkan RCCB trip. Apabila RCCB trip, ini menunjukkan lampu kalimantang itu tidak selamat dan tindakan pembaikan perlu dilakukan. 


sumber: zon152.blogspot

Bunyi Bergetar Pada Lampu Kalimantang





Sekiranya lampu kalimantang di dalam bilik atau tandas rumah anda berbunyi bergetar apabila dihidupkan, jangan risau. Itu adalah perkara biasa dan tidak mendatangkan apa2 mudarat.

Bunyi itu berpunca daripada choke/ballast yang kurang berkualiti yang terdapat dalam lampu tersebut. Sekiranya anda berasa terganggu, anda boleh menggantikan choke tersebut dengan yang baru.

Pastikan suis utama pada papan agihan telah ditutup, buka casing lampu tersebut dan anda akan mendapati satu komponen seperti gambarah di sebelah ini. Tanggalkan wayar dan skru yang dipasang pada choke tersebut dan gantikan ia dengan yang baru. Pastikan choke baru itu mempunyai cop Sirim.




sumber: zon152.blogspot