Struktur dalaman RCCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu suis uji, gelung pengimbang, gelung pemutus litar, suis pemutus litar dan teras besi toroid. Dalam keadaan biasa, arus wayar live adalah sama dengan arus pada wayar neutral dan gelung pengimbang akan menghasilkan medan elektromagnet yang sekata.
Apabila terdapat arus bocor ke bumi, medan elektromagnet pada gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar. Apabila arus bocor ke bumi melebihi nilai sensitiviti RCCB, suis pemutus litar akan mendapat bekalan voltan yang mencukup dari gelung pemutus litar untuk memutuskan bekalan elektrik
Sebagai contoh, sebuah RCCB yang mempunyai kepekaan 0.3A telah dipasang pada papan agihan sebuah rumah. Arus yang dibekalkan oleh RCCB pada ketika itu adalah 4A. Tetapi kebocoran arus ke bumi telah berlaku sebanyak 0.4A dan ini menyebabkan arus yang kembali ke RCCB tidak sama dengan arus yang dibekalkan. (Arus yang kembali = 4 - 0.4 = 3.6A). RCCB akan memutuskan bekalan elektri (trip) kerana arus bocor ke bumi melebihi nilai kepekaan RCCB tersebut.
Bagaimana RCCB melindungi anda dari renjatan elektrik ?
Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, arus akan melalui badan dan kembali ke titik pembumian neutral transformer melalui tanah. Arus ini akan membuatkan arus di dalam rumah tidak seimbang dan RCCB akan serta merta bertindak memutuskan bekalan elektrik.
sumber: zon 152
No comments:
Post a Comment