Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.
Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)
Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)
Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
- Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
- Kurang lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
- Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
- Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
- Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
- Tiada penggunaan starter
- Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
- Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
- Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
- Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment