Rakyat Malaysia membazir guna tenaga.
Separuh rakyat membazir tenaga? Benarkah?
“Di Malaysia, kita
memerlukan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga dan untuk
kegunaan kenderaan. Barangan pengguna di rumah yang paling banyak
menggunakan tenaga adalah peti sejuk. Suruhanjaya Tenaga di Malaysia
telah membangunkan skim pelabelan penggunaan tenaga elektrik.”
Sumber: Konsumer KINI
Label kecekapan tenaga.
Kerajaan telah memperkenalkan label
kecekapan tenaga pada barangan elektrik supaya konsumer lebih bijak
ketika membeli barangan elektrik. Buat masa ini ada ada 7 produk yang telibat didalam penarafan bintang kecekapan guna tenaga iaitu peti sejuk, kipas, television, penghawa dingin dan ballast lampu kalimantan.
Sumber tenaga kita negara di hasilkan
melalui elektrik Hidro itu pun terhad dan selebih tenaga elektrik negara
kita dijana melalui arang batu dan gas. Kita perlu ingat sumber alam
ini semakin lama semakin susut dan harga sumber berkenaan akan terus
meningkat.
Loji Nuklear penyelesaian krisis tenaga.
Ura-ura kerajaan hendak membina loji nuklear
pada masa akan datang kerana bahan nuklear yang digunakan lebih murah
dan bertahan lama. Loji nuklear pada zaman sekarang lebih selamat jika
hendak dibandingkan pada zaman terdahulu kerana perlu syarat-syarat
ketat dipatuhi dari peringkat perancangan pembinaan loji nuklear
sehingga beroperasi. Aku fahami ramai yang bimbang pembinaan loji
nuklear kelak kerana peristiwa kebocoran loji nuklear di Chernobyl.
Ramai yang tahu X-ray yang digunakan
dihospital berpontesi mengundangkan radiasi tetapi oleh kerana
kecanggihan teknologi dan prosidur yang diperkenalkan kesan radiasi
dapat dikurangkan dan memberi kebaikan pula dengan itu kita dapat
mengambil gambar X-ray untuk tujuan perubatan
Senarai barang yang mempunyai label kecekapan tenaga
Senarai barangan elektrik yang mempunyai
label kecekapan tenaga boleh dibuat semakan dengan di portal
Suruhanjaya Tenaga. Buat semakan senarai barangan elektrik di sini >>. Beberapa laman portal di lawati seperti SWITCH
menyediakan laporan kajian ujian kecekapan guna tenaga penghawa dingin
dan kempen kesedaran. Tidak semesti barangan mahal itu dan mahal
berkualiti.
Tip Jimat Elektrik
Kenapa perlu bayar bil elektrik yang tinggi
setiap bulan? Amalkan langkah mudah seperti berikut: ..
Tip Jimat Elektrik 1:
Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.
Tip Jimat Elektrik 2:
Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.
Tip Jimat Elektrik 3:
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan
elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak
tahan barulah gunakan penyaman udara.
Tip Jimat Elektrik 4:
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan
berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak
bilangannya.
Tip Jimat Elektrik 5:
Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
Tip Jimat Elektrik 6:
Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu
kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan
sesuatu majlis atau kenduri.
Tip Jimat Elektrik 7:
Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau
pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil
cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga
elektrik yang berlebihan.
Tip Jimat Elektrik 8:
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
Tip Jimat Elektrik 9:
Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.
Tip Jimat Elektrik 10:
Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya
'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais
supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
Tip Jimat Elektrik 11:
Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.
Tip Jimat Elektrik 12:
Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu
digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan
supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian
tersebut.
Tip Jimat Elektrik 13:
Elakkan 'over dry' pakaian anda.
Kenapa agaknya tu?
Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan
besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya- benang jahitan
lebih mudah tertetas.
Tip Jimat Elektrik 14:
Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang 'reflective' untuk 'ceiling' serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.
Tip Jimat Elektrik 15:
Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.
Tip Jimat Elektrik 16:
Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.
Tip Jimat Elektrik 17:
Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan
dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil.
He...he...Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan
penggunaan tenaga.
Tip Jimat Elektrik 18:
Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya
jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut.
Pssst...Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni?
Terutamanya mase nak baca suratkhabar waktu malam:(
Tip Jimat Elektrik 19:
Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.
Tip Jimat Elektrik 20:
Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.
Tip Jimat Elektrik 21:
Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda
membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa
mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.
Tip Jimat Elektrik 22:
Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.
Tip Jimat Elektrik 23:
Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain
fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu
menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?
Tip Jimat Elektrik 24:
Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung 'frame' gambar atau
lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak,
gunakan saja alatan tangan biasa.
Tip Jimat Elektrik 25:
Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.
Tip Jimat Elektrik 26:
Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microwave' sebenarnya
menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15
hingga 20 peratus.
Tip Jimat Elektrik 27:
Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran,
pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak
perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya
dapat membantu menjimatkan elektrik
Tip Jimat Elektrik 28:
Semak bil letrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah
ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah
diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektik atau
elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal
penggunaannya.
Tip Jimat Elektrik 29:
Lampu berteknologi led juga mengunakan tenaga yang sangat minima disamping kurang radiasi dan baik untuk kesihatan.
Tip Jimat Elektrik 30:
Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik
dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh
Suruhanjaya Tenaga.
No comments:
Post a Comment