Friday 20 September 2013

Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa)

Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa)



Gambar di sebelah menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.



RCD (Residual Current Device)
Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.

Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.

MCB (Miniature Circuit Breaker)
Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.

Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.

Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
  • 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
  • 20A (untuk pendawaian soket plug)
  • 32A  (untuk pendawaian soket plug)

Wednesday 18 September 2013

Unit keelektromagnetan SI



Unit keelektromagnetan SI
SimbolNama kuantitiUnit-unit terbitanUnitUnit-unit asas
IArusampere (Unit asas SI)AA = W/V = C/s
qCas elektrikKuantiti elektrikcoulombCA·s
VBeza keupayaanvoltVJ/C = kg·m2·s−3·A−1
R, Z, XRintanganImpedans (Galangan), Reaktans (Regangan)ohmΩV/A = kg·m2·s−3·A−2
ρKerintanganohm meterΩ·mkg·m3·s−3·A−2
PKuasa elektrikwattWV·A = kg·m2·s−3
CKapasitans (Kemuatan)faradFq/V = kg−1·m−2·A2·s4
Elastans (Anjalan)salingan faradF−1V/C = kg·m2·A−2·s−4
εKetelusanfarad per meterF/mkg−1·m−3·A2·s4
χeKerentanan elektrik(tak berdimensi)--
G, Y, BKonduksian (Kealiran), Admitans (Lepasan), RentanansiemensSΩ−1 = kg−1·m−2·s3·A2
σKekonduksian (Keberaliran)siemens per meterS/mkg−1·m−3·s3·A2
HMedan elektrik tambahan, keamatan medan elektrik,
kekuatan medan elektrik
ampere per meterA/mA·m−1
ΦmFluks magnetweberWbV·s = kg·m2·s−2·A−1
BMedan magnet, ketumpatan fluks magnet,
aruhan magnet
teslaTWb/m2 = kg·s−2·A−1
Keengganan (Reluktans)ampere-pusingan per weberA/Wbkg−1·m−2·s2·A2
LInduktans (Kearuhan)henryHWb/A = V·s/A = kg·m2·s−2·A−2
μKebolehtelapanhenry per meterH/mkg·m·s−2·A−2
χmKerentanan magnet(tak berdimensi)--

sumber: wikipedia

Monday 2 September 2013

Jenis-jenis Api Kebakaran dan AlatPemadam Api


Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;

1. Kelas A
Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.

2. Kelas B
Berpunca dari bahan cecair  yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.

3. Kelas C
Berpunc dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.

4. Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.

5. Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.

Kebakaran dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.

Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.

Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:

1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC



Berat: 12kg atau 3kg
Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.




2) Pemadam Api Karbon Dioksida



Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka






3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC




Berat: 12kg dan 3kg
Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.





Setiap alat pemadam api untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api. 

Fungsi Wayar Bumi Pada Lampu Kalimantang


Soalan
Lampu kalimantang hanya memerlukan 2 wayar sahaja untuk menyala iaitu wayar hidup (live) dan wayar neutral. Tetapi , apakah fungsi wayar bumi (earth) yang berwarna hijau pada pendawaian lampu kalimantang. Biasanya, wireman pasang wayar bumi pada mana-mana skru dalam lampu kalimantang ataupun hanya selitkan sahaja pada badan lampu. 



Jawapan
Pemasangan wayar bumi dalam lampu kalimantang adalah untuk keselamatan. 

Dalam pemasangan lampu kalimantang, ada kemungkinan wayar akan terputus atau penebat wayar tertanggal dan menyentuh badan lampu kalimantang. Badan lampu kalimantang biasanya diperbuat daripada besi. Jadi, apabila suis dihidupkan, badan lampu kalimantang akan menjadi 'live'. Apabila seseorang pegang badan lampu kalimantang pada ketika ini, dia akan terkena renjatan elektrik. 

Selain dari kemungkinan wayar terputus atau kerosakan penebat wayar, choke atau ballast dalam lampu kalimantang juga boleh menyebabkan badan lampu kalimantang menjadi 'live'. Ini boleh berlaku apabila penebat lilitan wayar dalam choke pecah, badan choke tersebut akan menjadi 'live'.Oleh kerana choke dipasang pada badan lampu kalimantang, ia juga akan menjadi 'live' dan orang yang memegang lampu kalimantang semasa suis dihidupkan akan terkene renjatan elektrik. 

Sekiranya wayar bumi dipasang, apabila badan lampu kalimantang menjadi 'live' kerana kerosakan penebat wayar atau kerosakan choke, arus elektrik akan mengalir melalui wayar bumi dan ini akan menyebabkan RCCB trip. Apabila RCCB trip, ini menunjukkan lampu kalimantang itu tidak selamat dan tindakan pembaikan perlu dilakukan.