Monday, 2 September 2013
Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Untuk Bangunan
Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga Contoh 1. Seperti Rajah
Kenapa pusingan kipas syiling menjadi perlahan ?
Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?
Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas manakala Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling.
Gambar 1: Bentuk biasa kapasitor kipas
Gambar 2: Lokasi kapasitor kipas siling
Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.
Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.
Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.
Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.
Bagaimana Lampu Kalimantang dan Ballast Magnetik Berfungsi ?
Secara asasnya, lampu kalimantang terbahagi kepada 3 komponen utama: tiub kalimantang, pemula (starter) dan ballast magnetik. Fungsi setiap komponen tersebut adalah seperti berikut:
Tiub Kalimantang
Apabila arus mengalir ke filament melalui pin terminal, filament akan menjadi panas dan mengionkan gas nadir. Pada masa yang sama, filament akan memancarkan electron dan ini menyebabkan merkuri mengewap. Wap merkuri akan teruja dan membebaskan tenaga radiasi ultraviolet. Lapisan dalaman fosforus akan menukarkan tenaga radiasi ultraviolet ke cahaya boleh nampak.
Pemula (Starter)
Membenarkan arus permulaan melalui ke dalam pemula. Pemula bertindak sebagai suis yang sentiasa on-off apabila arus melaluinya. Dwilogam yang terdapat di dalam pemula akan memanas, melengkung dan tidak menyentuh titik sentuh. Apabila sejuk, dwilogam menjadi lurus dan menyentuh titik sentuh semula. Arus akan berhenti melalui pemula apabila ia boleh melalui tiub kalimantang.
- Menjana voltan permulaan yang tinggi akibat tindakan on-off yang dilakukan oleh pemula.
- Menghadkan arus melalui tiub kalimantang ketika lampu sedang menyala. Ini kerana, pada ketika itu, rintangan gas dalam tiub kalimantang adalah rendah dan ini menyebabkan arus tinggi. Arus ini perlu dikawal supaya ia tidak merosakkan komponen lain
Cara kerja lampu kalimantang adalah seperti berikut:
- Suis dihidupkan
- Arus melalui filament dan memanas. Gas nadir mula mengion dan filament memancarkan elektron
- Arus melalui pemula
- Ballast magnetik menjana voltan tinggi kerana tindakan on-off oleh pemula
- Filamen memancarkan elektron, merkuri mengewap, arus (elektron) mengalir dalam tiub kalimantang dan cahaya terhasil
- Ballast magnetik menghadkan arus elektrik
Subscribe to:
Posts (Atom)