Monday, 2 September 2013

Bagaimana Lampu Kalimantang dan Ballast Magnetik Berfungsi ?

Secara asasnya, lampu kalimantang terbahagi kepada 3 komponen utama: tiub kalimantang, pemula (starter) dan ballast magnetik. Fungsi setiap komponen tersebut adalah seperti berikut:

Tiub Kalimantang



Apabila arus mengalir ke filament melalui pin terminal, filament akan menjadi panas dan mengionkan gas nadir.  Pada masa yang sama, filament akan memancarkan electron dan ini menyebabkan merkuri mengewap. Wap merkuri akan teruja dan membebaskan tenaga radiasi ultraviolet. Lapisan dalaman fosforus akan menukarkan tenaga radiasi ultraviolet ke cahaya boleh nampak.





Pemula (Starter)



Membenarkan arus permulaan melalui ke dalam pemula. Pemula bertindak sebagai suis yang sentiasa on-off apabila arus melaluinya. Dwilogam yang terdapat di dalam pemula akan memanas, melengkung dan tidak menyentuh titik sentuh. Apabila sejuk, dwilogam menjadi lurus dan menyentuh titik sentuh semula. Arus akan berhenti melalui pemula apabila ia boleh melalui tiub kalimantang. 





Ballast Magnetik atau choke


  1. Menjana voltan permulaan yang  tinggi akibat tindakan on-off  yang dilakukan oleh pemula. 
  2. Menghadkan arus melalui tiub kalimantang ketika lampu sedang menyala. Ini kerana, pada ketika itu, rintangan gas dalam tiub kalimantang adalah rendah dan  ini menyebabkan arus tinggi. Arus ini perlu dikawal supaya ia tidak merosakkan komponen lain


Cara kerja lampu kalimantang adalah seperti berikut:
  1. Suis dihidupkan                                                             
  2. Arus melalui filament dan memanas. Gas nadir mula mengion dan filament memancarkan elektron                                                                                              
  3. Arus melalui pemula                                                              
  4. Ballast magnetik menjana voltan tinggi kerana tindakan on-off oleh pemula                                                  
  5. Filamen memancarkan elektron, merkuri mengewap, arus (elektron) mengalir dalam tiub kalimantang dan cahaya terhasil                                   
  6. Ballast magnetik menghadkan arus elektrik

No comments: