Sunday, 16 February 2014
Tuesday, 4 February 2014
Dunia Elektrik: Lampu Kalimantang LED
Dunia Elektrik: Lampu Kalimantang LED: Inovasi : Lampu Kalimantang LED Inovasi yang disediakan oleh Green Tech Malaysia. Mereka membuat inovasi berkaitan pen...
Monday, 4 November 2013
Lampu Kalimantang LED
Inovasi : Lampu Kalimantang LED
Mereka membuat inovasi berkaitan penggunaan lampu kalimantang mengikut jenis dan kaitannya dengan kuasa yang digunakan. Terdapat 3 jenis lampu kalimantang yang digunakan iaitu lampu T8 (guna 'ballast' dan 'starter'), lampu T5 (guna 'ballast' elektronik tanpa 'starter') dan lampu LED. Kuasa bagi setiap jenis lampu kalimantang adalah seperti berikut :
Dalam inovasi ini, ketiga-tiga lampu kalimantang tersebut disambungkan dengan bekalan 240V AC. Dengan menggunakan Power Meter mereka mengambil bacaan kuasa yang digunakan oleh lampu kalimantang tersebut mengikut jenis. Bacaan pada Power Meter adalah seperti berikut :
1. Kuasa bagi lampu T8 = 42.4 W
2. Kuasa bagi lampu T5 = 24.5 W
3. Kuasa bagi lampu LED = 16.2 W
Hasil dari inovasi yang dihasilkan mendapati bahawa penggunaan lampu kalimantang LED mengunakan kuasa yang lebih rendah dari kadaran sebenar. Namun dari segi kecerahan lampu jenis ini lebih terang berbanding lampu yang lain yang mempunyai kadaran kuasa yang lebih tinggi.
Hasil dari inovasi yang dihasilkan dapat dirumuskan bahawa lampu kalimantang jenis LED mempunyai beberapa kelebihan berbanding lampu kalimantang kenis lain. Antaranya adalah seperti berikut :
- menjimatkan tenaga sehingga 50%
- kurang mengeluarkan haba
- tiada penggunaan merkuri (merkuri berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu kalimantang LED mudah dilupuskan
- tiada penggunaan choke/ballast dan starter
- tidak mengeluarkan bunyi
- jangka hayat lebih lama - sehingga 50,000 jam!
- menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu kalimantang biasa yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan
Namun disebalik kelebihan-kelebihan di atas, para pengguna yang ingin beralih kepada penggunaan lampu kalimantang jenis biasa kepada lampu kalimantang LED adalah dari faktor harganya yang jauh lebih mahal. Saya difahamkan bahawa lampu kalimantang LED sekitar harga RM60 -RM180 bergantung kepada jenama atau syarikat pengeluar lampu tersebut Lagi di sini
Friday, 1 November 2013
Tuesday, 22 October 2013
Kenali Lukisan dan Sistem Elektrik
LUKISAN ELEKTRIK
i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.
1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik
1.1.1. Sistem satu fasa
- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu
kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.
Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman
1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)
- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan
satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.
- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.
1.1.3. Peraturan am pemasangan alat tambah
-Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga .Antara peraturan yang terdapat adalah
seperti berikut:
a. Suis
i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih.
b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas.
c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan.
d. Unit Kawalan pengguna
i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan
1.1.4 Simbol Piawai Elektrik (Lagenda)
Alat tambah dan alat kelenkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai.Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS.
Simbol Piawai elektrik bagi alat Tambah dan Alat Kelengkapan Elektrik
Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaslam kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk symbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah mengikut piawai yang telah ditetapkan.Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat dua system bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan sistem tiga fasa.Bagi rumah kediaman lazimnya system satu fasa digunakan manakala kilang dan bengunan besar memerlukan tiga fasa. Setelah mempelajari unit ini , anda dapat :
i. Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.
ii. Menerangkan kegunaan symbol piawai bagi alat tambah,suis dan fius agihan.
iii. Menyusun atur alat tambah,pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.
iv. Melukis pelan bentangan domestic.
v. Melukis gambarajah skema unit kawalan utama pengguna.
1.1 Kenalpasti system bekalan elektrik
1.1.1. Sistem satu fasa
- Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu
kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal.
Sistem satu fasa (Single phase)
- Beban kurang seperti rumah kediaman
1.1.2. Sistem tiga fasa (Three phase)
- Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan
satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya
di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC.
- Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.
1.1.3. Peraturan am pemasangan alat tambah
-Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga .Antara peraturan yang terdapat adalah
seperti berikut:
a. Suis
i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi.Jika suis perlu dipasang didalam bilik mandi,suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis duahala sesuai digunakan untuk koridor ,tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan kawalan.Inin boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau lebih.
b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu.Bagi bilik yang besar,bilangan poin lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah kipas.
c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua.Bagi bilik yang lebih besar peraturan ini dilonggarkan.
d. Unit Kawalan pengguna
i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika berlaku kecemasan
1.1.4 Simbol Piawai Elektrik (Lagenda)
Alat tambah dan alat kelenkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dlam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan symbol piawai.Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS.
Simbol Piawai elektrik bagi alat Tambah dan Alat Kelengkapan Elektrik
Hukum Ohm ialah hokum yang paling asas dan penting dalam teori letrik.
Dengan menggunakan hokum ohm kita dapat menentukan nilai rintangan,arus,voltan dan kuasa dalan sesuatu litar AT(Arus Terus)
Dengan menggunakan hokum ohm kita dapat menentukan nilai rintangan,arus,voltan dan kuasa dalan sesuatu litar AT(Arus Terus)
1.2.1. Takrif Hukum Ohm
Hukum Ohm menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui beban berkadar terus dengan voltan (v) yang merentasai beban dan berkadar songsang dengan rintangan beban tersebut dengan syarat suhunya tetap.Hubungan V,I dan R dinyatakan oleh formula berikut:
1.3 Kenalpasti faktor pencahayaan
Bacaan melalui alat pencahayaan yang sediada
1.3.1. Jenis Lukisan Ekektrik
Lukisan elektrik dikelaskan kepada dua bentuk utama iaitu:
a. Gambarajah
b. Pelan bentangan
1.3.2. Gambar Rajah
Gambar rajah terbahagi kepada rajah blok, gambarajah skema dan gambarajah pendawaian.
a. Gambar Rajah Blok
Gambar rajah blok ialah lukisan yang mewakili litar atau peranti dalam satu system bekalan elektrik.Lukisan ini dilukis dalam bentuk blok.Asas gambar rajah blok adalah seperti rajah 2.Urutan blok ditunjukkan dengan tanda anak panah.
Rajah 4-Asas Gambar Rajah Blok
Gambar rajah blok hendaklah dilabel mengikut fungsi,nama peranti atau litar.Rajah 3 menunjukkan gambar rajah blok unit kawalan utama pengguna yang telah dilabelkan.
a. Gambar Rajah Skema
Gambar rajah skema ialah lukisan litar elektrik dalam bentuk symbol piawai komponen.Lukisan ini menunjukkan aliran kendalian sesuatu litar.Simbol piawai komponen disambungkan antara satu dengan lain secara lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap.Gambar rajah skema unit kawalan utama pengguna ditunjukkan dalam rajah 4
Rajah 6-Gambar Rajah Skema Unit Kawalan Pengguna
1.3.3 Pelan Bentangan
Pelan bentangan ialah lukisan yang menunjukkan susun atur symbol piawai alat tambah dan kelengkapan pada pelan lantai bangunan.Kedudukan sebenar alat tambah dan alat kelengkapan ditapak bina adalah berpandukan kepada kedudukan simbolpada pelan bentangan.Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri.
a. Pelan Bentangan Domestik
Pelan bentangan domestic menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman.Susus atur symbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya tenaga.Lagenda(symbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Rajah 5 menunjukkan contoh pelan domestic berserta lagenda.
Rajah 7- Contoh Pelan Bentangan Domestik
b. Pelan bentangan industri
Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal,kilang dan permis perdagangan.Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampong beban yang besar.Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam.Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.
4.4 Aplikasi Lukisan Elektrik
Sebelum menyediakan pelan bentangan domestic,peraturan pemasangan alat tambah perlu difahami terlebih dahulu supaya lukisan yang dihasilkan dapat memenuhi piawaian yang tetap
4.4.1 Melukis Pelan Bentangan Rumah Kediaman
Rajah 6 dibawah menunjukkan pelan bentangan rumah kediaman yang dikengkapi symbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.Lagenda disertakan bagi menerangkan symbol berkenaan.
Rajah 8 – Pelan Bentangan Rumah Kediaman
4.4.2 Mengira jadual beban
Mengira jadual beban bagi mengetahui sais kabel dan arus maksima yang diperlukan untuk melukis gambar rajah skema unit kawalan utama pengguna
Formula Arus untuk melengkapkapkan jadual beban.
a. Lampu Kalimantang
I = P(Power) x Fk(Power Factor)
240V
Contoh : 1 x 36w x 1.8
240V
= 0.27 A
b. Lampu Glob,lampu sorot,lampu pijar/lampu filemen , lampu glob dinding, lampu chandelier,unit pemanas air dan unit kawalan memasak.
I = P (Power)
240V
Contoh: 1x60w
240V
=0.25 A
c. Kipas dinding,kipas siling dan kipas ekzos
I=P (Power)
240V x 0.85(Power Factor- didalam kipas terdapat motor)
Contoh: 1x 60w
240V x 0.85
= 0.21A
1.4.3 Contoh Jadual saiz kabel
Rajah 9 – Contoh Jadual Beban
Subscribe to:
Posts (Atom)